Mengenang kenangan lalu :(

Assalammualaikum ,

Ahad lepas aku pegi menziarah pusara arwah ayah , dah lama tak pegi . Ibu pun pegi sekali , adikadik , sepupu aku dan tunang aku pun pegi jugakk . Matahari terpacak betulbetul atas pusara arwah ayah , kami rasakan bahang kepanasan matahari kat atas , bagaimana pula ayah yang ada di bawah tanah tuh , aduhaii .. saat ibu membaca doa , al-fatihah dan surah 3 Kul .. Saat itu aku terbayang , saatsaat arwah ayah dikebumikan dulu.. aduuhh sadisss dan sedihnyaaa saat itu ,,

5 tahun sudah berlalu , tapi segala peristiwa yang berlaku masih segar di ingatan .. saat beliau di kafankan , saat beliau di sembahyangkan , saat beliau di kucup ahli keluarga , saat beliau di kebumikan , saat beliau diturunkan ke liang lahad , saat beliau terkujur baring di atas katil hospital , saat beliau di pasangkan mesin hayat di kiri dan kanan beliau .

Walaupun dah bertahun berlalu , kalau aku teringat balik .. mesti menitis air mata nih .. saat saat akhir die bercakap dengan aku . Tapi sayangnya , saat die sedang tenat aku dan adik beradik takde kat sisi dia .. Huh! Serius aku nak menangis dah nih . First and last aku cium beliau saat beliau di bilik mayat . Kenangan yang tak boleh aku lupa , semasa aku dan adik aku , Ani .. Naik van jenazah bersama jenazah beliau . Perasaan aku masa tu macamacam yang ada .. tak leh nak cakap apa dah . yang aku tahu nangis dan terus nangis ..

Aku macam tak boleh nak terima kenyataan , sejak beliau takde .. semangat aku nak belajar serta merta hilang , ibarat hilang separuh nyawa .. inspirasi dah tak ada .. apa kan daya .. orang kata hidup harus di teruskan ,, patah tumbuh hilang bergantii. Alhamdulillah .. kehadiran tunang aku telah mengubah segalanya , dia semangat yang baruu untuk aku ..

Mesti ada hikmah disebalik semua nih , ni la dugaan yang paling berat yang pernah aku alami . kehilangan orang kita sayang amat perit lagilagi bila berkaitan dengan hidup dan mati , memang tak tergambar perasaan bila kehilangan dengan keadaan macam ni .. hanya Allah S.W.T je yang tahu macam mana perasaan aku ..

p/s ; Hargai la orang tua korang dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga korang , dan sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita .. biar hati kita sakit , asalkan jangan ada dendam dalam Hati kita . :D .


Ni arwah ayah aku , gambar last beliau sebelum meninggal dunia . Ni masa kaklong (sepupu aku) kawen .. Pada Disember 2007

Comments

  1. Bersemangatlah kak..hidup mesti diteruskan..banyakkan berdoa utk arwah.

    ReplyDelete
  2. Thankyou adik .Akak sedang move on lebih . Hehe . InsyaAllah sentiasa doakan arwah :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

;)

tembam pendek .. hihi ^_^

hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)