its all about LOVE !


Assalammualaikum ,

tetiba pulak mood ku hilang . adoii . langsung spoiled semua mood ku . haiz ! lagi lagi kalau ada kawan yang cerita semua pasal kisah cinta dia tuh . bukan kuu taknak tolong dia ataupun nasihat kan die , ku dah tolong dan nasihat kan dah pun , tapi langsung tak amek peduli , takkan ku nak masuk campur hal dia , tu dah lebih laaa . dorang yang bercinta ku pulak jadi mangsa nak tolong selesaikan . dorang yang buat masalah , ku pulak nak cari jalan penyelesaian . pandai bercinta pandai la tanggung . selama ni ku bercinta 6 tahun , sampai dah tunang pun . tak pernah nak susah kan orang . susah senang semua ku tanggung sendiri la . takde sape pun yang tolong . nak tahu kawan kawan ku sume mana pegi ? semua goyang kaki , tepuk tangan la kalau ku ada masalah . sekor pun takde la .

kalau time senang , semua kawan datang kat kita , tapi bila susah sorang pun takde laa . tak faham la ku kalau dapat kawan macam ni , apa apa pun . kawan sejati dah takde istilah dah sekarang . tak bermakna la kawan sejati tuh , tahu tak kawan sejati susah senang tu sape ? Family kita sendiri la , tunang ku yang kawan sejati sejak 6 tahun dulu . bila ku jatuh , sorang pun takde melainkan family dan tunang ku . ehh . kalau dorang nak bercinta pun , tak payah nak libat kan orang lain , kadang kadang ku tak faham la dengan perangai orang macam ni . kalau dah serabut sangat nak bercinta tak payah bercinta . menyusahkan !

ku ada sorang kawan camni , dan sepupu sendiri macam ni . apa apa pun ku diam , dengar . masuk telinga kanan keluar telinga kiri . kadang kadang tu RIMAS laa ?! budakbudak sekolah zaman sekarang lagi expert la bercinta daripada remaja . haha . apa pun tak boleh . beringat la sikit , bukan semua cerita kita boleh kongsi dengan orang , takkan pasal kauu mesej dengan dia pun kauu nak tunjuk dengan ku , adoii . tak malu ke ? selesaikan la sendiri elok elok , slow talk ke , apa ke . ni tak , bila masing masing ego . macam mana nak settle problem kan .

moral of the story ; kalau korang gaduh dengan bf/gf/tunang/suami/isteri tak payah nak sibuk bagitahu kat orang , tu ibarat korang bukak aib sendiri je . tak payah nak heboh sana heboh sini , kalau tak reti nak bercinta tak payah nak sibuk sibuk bercinta jugak , kalau dah tuh korang punya jodoh , gaduh macam mana sekalipun takkan pegi mana pun . tetap dengan korang sampai akhir hayat . InsyaAllah . kalau dah tak serasi dah tak boleh nak move on , lepas kan je la . tapi kalau korang dah kawen jangan la nak cerai berai pulak , settle down la elok elok slowtalk . tak payah nak talak talak bagai , setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . InsyaAllah . Allah S.WT. Maha Adil . Jodoh pertemuan Ajal maut semua dah tertulis untuk kita :)

Comments

Popular posts from this blog

A L I Y A M A I S A R A H

Aku sudah Kahwin !

;)