KAK YONG MAISARAH

Hi Gais!

Lama gile lah tak berblog. Kali ni nak cerita sikit. Tahun lalu, kisah Aliya Maisarah. Kali ni, kisah bakal adik Kak Yong Maisarah. Bukan lah merancang tak nak mengandung lagi. Tapi memang ada bincang dengan suami, nak mengandung lagi tunggu Maisarah besar sikit. Tu pun dalam 5 atau 6 tahun.

Alhamdulillah. Rezeki kami datang lagi dengan "orang baru". Maisarah pun behave. Tak meragam ataupun banyak songeh. Dia tahu dalam perut mama dia ada adik. Nampak dah ciri-ciri seorang kakak walaupun dia masih kecil. Kadangkala dia ada jugak tanya, 'Adik mana Adik' (dalam loghat dia).

Mabuk tak ?

Jangan tanya lah mabuk ke idak. Mula mula tak tahu pregnant. Dah muntah kuning subuh hari. Hati tak sedap. Test dulu pregnant test kit tu. Sampai dua kali test. Double line beb!! Menjerit macam dulu masa dapat tahu mengandungkan Maisarah. Panggil suami! tapi tak datang pun. Haha ..

Dia tanya, kenapa?

'Syg pregnant b!'

'Yeke?'

'Yelah'

'Maisarah dapat adik!!'

Maisarah pun sibuk 'Mama dung yah' . Terbahak- bahak kitaorang ketawa!

Isnin pergi check kat klinik. Alhamdulillah. Dah masuk 7 minggu kandungan aku. Moga sihat sehingga kelahirannya.

Mama sayang dua-dua anak mama. Maisarah tetap no 1 di hati mama.

Semoga Maisarah jadi Kak Yong yang terbaik.

Doakan kandungan aku sihat dan dipermudahkan bersalin ya korang.

Bye korang.
Jumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

;)

tembam pendek .. hihi ^_^

hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)