Posts

KAK YONG MAISARAH

Image
Hi Gais!

Lama gile lah tak berblog. Kali ni nak cerita sikit. Tahun lalu, kisah Aliya Maisarah. Kali ni, kisah bakal adik Kak Yong Maisarah. Bukan lah merancang tak nak mengandung lagi. Tapi memang ada bincang dengan suami, nak mengandung lagi tunggu Maisarah besar sikit. Tu pun dalam 5 atau 6 tahun.

Alhamdulillah. Rezeki kami datang lagi dengan "orang baru". Maisarah pun behave. Tak meragam ataupun banyak songeh. Dia tahu dalam perut mama dia ada adik. Nampak dah ciri-ciri seorang kakak walaupun dia masih kecil. Kadangkala dia ada jugak tanya, 'Adik mana Adik' (dalam loghat dia).

Mabuk tak ?

Jangan tanya lah mabuk ke idak. Mula mula tak tahu pregnant. Dah muntah kuning subuh hari. Hati tak sedap. Test dulu pregnant test kit tu. Sampai dua kali test. Double line beb!! Menjerit macam dulu masa dapat tahu mengandungkan Maisarah. Panggil suami! tapi tak datang pun. Haha ..

Dia tanya, kenapa?

'Syg pregnant b!'

'Yeke?'

'Yelah'

'Maisarah dapat a…

A L I Y A M A I S A R A H

Assalammualaikum ..

Pada 04.04.2015 tepat jam 02.17pm seberat 3.19kg dengan usia kandungan ku saat itu 38 minggu 2 hari puteri sulung kami telah selamat dilahirkan. Selepas subuh , aku dah rasa macam nak beranak . Tapi macam tak lagi, takkan la awal kot .. Due date aku 16hb nanti . Ade lg 12 hari .. Rasa mcm nak membuang air beso pun ye . Byk kali duk ulang alik masuk bilik air . Tapi x jugak nak membuang ..

Time nak masak nasi goreng tu dah rasa dah tarik urat macam senggugut tu .. Kejap ade kejap tak . Dalam 10 minit sekali datang pastu hilang .. Laki aku nak g keje dah time tu tapi aku dah pesan takyah g keje ... Macam boleh tahan lagi .. Alih2 dia keluar je bilik air baru lepas mandi aku dab tak tahan dah .. Sebab dah start 5 minit sekali datang pastu hilang .. Aku tanya ibu .. "Bu, kalau rasa mcm senggugut tu nak beranak ke?" " nak beranak lah tu ain , tunggu la sampai tgh hari nanti baru pegi hospital" kata ibu aku . Pastu aku tak puas hati tanya kak lina pul…

Anak ibu dah besar :)

Asslammualaikum semua ..


Apa khabar korang? Kali ini aku nak update usia kandungan aku dah pun masuk minggu ke 20 . Alhamdulillah ... Baby dah membesar dengan baik . dan tiada masalah apa apa . InsyaAllah hingga ke hari kelahirannya kelak. Sekarang ni yang tak sabar sangat nak pergi scan tengok jantina baby.


Orang kata biar suprise . tapi hati kecil ni yang tak sabar sabar dah nak tengok baby. Baju baby pun dah beli sikit sikit . Tak sabar nak beli banyak banyak lagi. Ramai yang tegur kata baby ni baby perempuan. Hati kecil pun kata perempuan. Tapi apa pun jantinanya asalkan anak ibu sihat sentiasa dan selamat. Itu saja yang di minta.


Baby ni sejak usianya minggu ke 16 lagi dia dah start bergerak dan alhamdulillah aktif sampai sekarang. Harap harap bila dah lahir nanti akan kekal sihat dan sentiasa aktif sama macam dalam perut ibu. Baby paling suka bila dengar suara bapak dia. Bila bapak dia bagi salam, respon yang dia bagi kick satu kali. Tu tanda dah kenal bapak dia .. Bila baby sta…

Anugerah Terindah

Assalammualaikum .. 


Setelah sekian lama tak update blog yang dang bersawang sawang kiri kanan ni .. Harini takde mood betul nak buat kerja kat office . Teringat suami kat rumah . hehe .. Meh le dengar cerita sikit. 

Dalam keadaan yang tidak agak menyenangkan dan kurang stabil dari segi kewangan, dari segi segalanya .. Dikurniakan dan dianugerahkan dengan kahadiran seorang bayi dalam kandungan ku setelah 6 bulan berkahwin .. Setelah kandungan pertama kguguran pada usia 3 bulan perkahwinan kami berdua . Kini kami dikurniakan lagi dengan anugerah yang tiada nilai dan ganti nya.. 

Ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kurnian yang tidaka terhingga. Tiada apa yang boleh di ungkapkan dengan kata kata setelah menerima berita yang paling berharga buat kami sebagai suami isteri.


Pada hari yang gembira tu iaitu pada 08.09.2014, pagi pagi bangun check pregnant test tu .. tengok double line .. memang menjerit panggil suami kat runag tamu .. Ya Allah, tak sangka sungguh. Petang tu balik dari offi…

Aku sudah Kahwin !

Assalammualaikum ..


Setelah sekian lama berlalu, kini ku ingin aktif kembali di dalam laman sesawang ni .. Banyak cerita dan panjang jugak cerita ku pada tahun ni .. bermula dari akhir tahun 2013 iaitu dalam bulan 9 terus ke bulan 12 .. orang kata memang berliku dan pahit gile lahh nak tempuh .. tapi disebabkan hati ku kuat dan tetap sabar . Akhirnya perjuangan dan penantian ku selama 10 tahun ni berbaloi .

Siapa sangka, impian kami di makbulkan Allah SWT ingin di ijab kabulkan .. kami telahpun di ijabkabulkan pada 27.03.2014 .. setelah dua bulan tunang ku di Medan menguruskan urusannya .. Tunang ku sampai di malaysia pada 12.03.2014 . kami mula menguruskan hal perkahwinan bermula daripada kursus pra perkahwinan pada 15&16 Mac 2014 .. Dan terus HIV test 17.03.2014 dan kedutaan Indonesia pada hari yang sama .. Mengapakah harus ke Kedutaan Indonesia ? Nak tahu kejapp lagi aku cerita .. Kemudian , esoknya berehat satu hari . then sembung pada 19.03.2014 ambil sijil kursus kahwin dan …

kisah aku

Assalammualaikum .

Dah lama rasanya tak update. Hmm . Baru baru ni family ku sibuk duk kahwin cepat. Mungkin dah tiba masa nya untuk aku dan tunang membina masjid. Tapi apakan daya , pokok mana yg tak bergoyang kalau takde angin kan . Setiap orang mesti ade dugaan tersendiri kan. Tapi masalah mana yang takde jalan penyelesaiannya.
Aku cuma perlukan doa dan sokongan dari semorang untuk aku dan tunang . Bukan aku saja yang kena tanggung . Tunangku berat memikulnya . Ya allah berikan kami petunjuk-Mu.

Siapa yang takmau membina masjid kan . Semorang nak . Aku hanya mampu berserah dan sentiasa berdoa supaya dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan segalanya . Kita nak buat benda baik banyak cabaran dan dugaannya . Bila nak buat jahat sekejap je dah jadi . Semua bergantung pada kesabaran dan ketabahan seseorang . Setiap apa yang terjadi semuanya ade hikmah . Kita hanya mampu merancang, ALLAH SWT yang menentukan. Tapi tak salah kalau kita berusaha untuk merubah takdir kita . Memang kita tak namp…

;)

Assalammualaikum semua

 Sekian lama tak menulis di blog ni . Lahai . Rindunya ....
Kali ni sengaja ingin melepaskan kerinduan di sini . By the way, sejak duduk bujang ni . Macam macam yg jadi pada ku. Lahai dugaan . Tapu takpelah itu dah cukup untuk mengajar ku menjadi lebih dewasa dan lebih berfikiran matang .

Apapun yang datang akan ku jalani dengan tenang dan dengan izin dari Allah SWT itu semua jadi mudah . Sejak kerja ni macam macam yang dah dibeli dengan hasil titik peluh sendiri . Baru tahu nak menyimpan sikit, hehehe . Dulu boros . Sekarang dah okey sikit lah. Birthday ku kali ni diberikan kejutan yg sangat berharga dan bermakna dari tunang tersayang dan family yg tercinta . Lahai . Bertuahnya badan dilahirkan dalam family yang sangat penyayang. Dikurniakan demgan seorang ibu yang sangat baik hati dan menyayangi anaknya walaupun anaknya ini degil ;) . Hehehe .

Apapa pun im officially 22 now .
Einn