A L I Y A M A I S A R A H

Assalammualaikum ..

Pada 04.04.2015 tepat jam 02.17pm seberat 3.19kg dengan usia kandungan ku saat itu 38 minggu 2 hari puteri sulung kami telah selamat dilahirkan. Selepas subuh , aku dah rasa macam nak beranak . Tapi macam tak lagi, takkan la awal kot .. Due date aku 16hb nanti . Ade lg 12 hari .. Rasa mcm nak membuang air beso pun ye . Byk kali duk ulang alik masuk bilik air . Tapi x jugak nak membuang ..

Time nak masak nasi goreng tu dah rasa dah tarik urat macam senggugut tu .. Kejap ade kejap tak . Dalam 10 minit sekali datang pastu hilang .. Laki aku nak g keje dah time tu tapi aku dah pesan takyah g keje ... Macam boleh tahan lagi .. Alih2 dia keluar je bilik air baru lepas mandi aku dab tak tahan dah .. Sebab dah start 5 minit sekali datang pastu hilang .. Aku tanya ibu .. "Bu, kalau rasa mcm senggugut tu nak beranak ke?" " nak beranak lah tu ain , tunggu la sampai tgh hari nanti baru pegi hospital" kata ibu aku . Pastu aku tak puas hati tanya kak lina pulak " kak, kalau rasa mcm senggugut tu nak beranak ke?" "Ye la tu nak beranak, silap2 nanti tengah hari kang dah beranak, pegi hospital terus, siap2 kan baju anak sekali" kata kak lina.

Aku tak fikir panjang terus ajak adik dan suami pegi hospital . Memang dah tak boleh tahan dah . Rasa macam nak campak2 barang je sakitnya tu. sampai hospital, register terus masuk bilik untuk check ctg baby. Memang sakit tak tertahan dah .. Pastu pukul 10 pagi camtu doktor check pintu dah bukak 6cm memang dah takleh balik laaa .. Dah tunggu masa je ..

Aku keluar amek baju baby pampers tuala untuk bawak masuk dalam labour room. Suami aku relaks je muka dia .. Dah pukul 12 pm aku dah masuk labour room. Sakitnya aduhaiiii .. Memang tak tertahan dahhhh .. Rasa nak guling guling kat labour room tu .. Pukul 1pm doktor dah pecahkan air ketuban sebab air ketuban aku tak pecah time aku pegi hospital tu. sebabkan dah pecah air ketuban tu lagi bertambah tambah contraction ... Sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Pukul 2pm dah bukak 9cm . Doktor dah suruh pushhhhh .. Aku dah pushhh banyak kali sampai aku rasa nyawa dah kat hujungggggggggg. Jujur aku cakap dah tak fikir apa dahhh cuma fikir mati je. Suami aku ada time tu . Aku pun dah tak peduli suara dia , dia cakap apa pun aku dah tak dengar. Yang aku tahu sakit.

Tepat 2.17pm aku dah selamat bersalin. Mengucap panjang aku time tu. nurse dah bersihkan baby, suami dah iqamatkam dia. Sampai2 je suami kat aku, nampak airmata dia . "Kenapa nangis b?" Tanya aku pada dia . Dia tak jawab apa pun cuma satu ciuman singgah di dahi aku.. Lepas baby dah cuci, nurse bagi aku suruh breastfeeding. For the first time, saat baby minum susu dari badan aku sendiri. Airmata aku jatuh. Sungguh besar keajaiban dan kenikmatan yang Allah SWT berikan padaku. Ini lah hasilnya yang ku kandungkan selama 9 bulan menahan kesakitan, kegembiraan semasa mengandung dan sehingga saat kelahirannya. Tak terungkap dengan kata kata.


Syukur sangat dah selamat semuanya. Barulah aku sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ini.


Sekian

Comments

Popular posts from this blog

;)

tembam pendek .. hihi ^_^

hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)