Pengikut Saya

Monday, August 8, 2011

hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)


esok 9 haribulan lapan 2011 . harijadi arwah ayah aku. Jika beliau masih hidup. beliau berumur 46 tahun. Nama penuh beliau adalah Fauzi Bin Ismail. Beliau dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan. Dibesarkan juga disana. Semasa beliau berumur 20 an, beliau telah merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Maklum lah family susah. hanya beliau dan abang beliau,Mahadi yang menetap di Kuala Lumpur. macam macam pekerjaan beliau kerja. akhirnya, pekerjaan yang terakhir beliau berkhidmat adalah Clerk Of Work .. ataupun dalam bahasa melayu nya Penyelia Tapak . merangkap Pelukis Pelan.. Semasa Beliau berumur 25 tahun .. beliau mengahwini ibuku,Noorhafida bt Talib. ibuku adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. saat itu usia ibuku 20 tahun.. kini 41 tahun.. aku dilahirkan pada 27 April 1991, kini berusia 20 tahun. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. dua lelaki dan dua perempuan. Saat bliau meninggalkan kami sekeluarga . adik lelaki ku yang bongsu berusia 2 tahun . aku berusia 16 tahun . adikku yang kedua berusia 14tahun dan yang ketiga 8 tahun.. Saat itu adalah saat genting .. beliau meninggal dunia kerana kemalangan teruk motorsikal. kalau cerita pon korang mesti seraammm .. tapi aku nak cerita jugakk .. sebelum kemalangan beliau balik rumah . tidur sekejap .. lepas tu dapat panggilan dari majikan nya harus ke tapak pembinaan . saat nak melangkah keluar dengan baju tidak berbutang .. adikku yang kedua menegur "ayah tak butang baju?" beliau berkata "yela . lupaa.. meh anak ayah tolong butangkan .. nanti nak jumpa lama lagi" saat itu beliau menghadapku .. meminta ku untuk membutangkan bajunya sambil memicit pipiku . saat itu akan ku ingat sampai bila bila kerana dia adalah KESAYANGANKU.. selepasa asar beliau mengalami kemalangan di simpang jalan menuju ke tapak pembinaan . kemalangan itu terjadi antara kereta , lori dan motorsikal yang di tunggang beliau .. beliau memotong lori dan kereta tiba tiba keluar dari simpang tanpa memandang kiri dan kanan lalu merempuh motorsikal beliau .. beliau tercampak di atas jalan dan digilis lori dari arah bertentangan .. dari pinggang hingga ke bawah hancur . kaki patah seperti kepak ayam .. tulang rusuk rapat naik ke atas . usus perut pecah . salur pernafasan terpaksa di tebuk . 3 paine darah tak boleh diterima .. akhirnya jam 12.10 tgh malam , 6hb Disember 2007 .. beliau menghembuskan nafasnya di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang ... saat itu luluh hati .. bagai nak jatuh jantung . lemah lutut bagai nak tercabut .. terkilan sanggat sebab masa tu tak ada disisi beliau . hanya ibu dan adik beradik ibu je . aku dengan adik beradik aku lambat 10 minit .. 12.20am aku sampai kat hospital . tapi takpe laa . dah takde jodoh orang kata kan .. sampai sekarang aku masih terbayang beliau terbujur baring di katil hospital . saat cium dahi beliau di bilik mayat .. saat beliau di kebumikan .. hujan turun selebat lebatnya . azan asar berkumandang saat itu .. sungguh dicucuri rahmat Allah semasa beliau dikebumikan .. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang orang yang beriman.. Aminn .. Al-Fatihah ..

" Selamat Hari Jadi Ayah"

19 comments:

  1. ya allah sedihnya dengar cerita awak nie , semoga awak tabah dalam mengharungi liku2 hidup tanpa arwah di sisi , sama2lah kita doakan semoga rohnya tenang di sana..amin al fatihah..


    *salam kenal, amy singgah dari belog sinae raudah.follow sini jemput ke belog amy..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi menjengah blog saya . InsyaAllah diberikan ketabahan dan kesabaran dari Allah S.W.T .. saya akan follow blog awak pula .. :)

    ReplyDelete
  3. nak nanges ;'(
    semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin

    ReplyDelete
  4. takmo nanges . :)
    thanks ann .. Amin :)

    ReplyDelete
  5. sedeyhlaaa..nak nanges..
    semoga roh nya dicucuri rahmat aminn:)

    ReplyDelete
  6. Semoga roh ayahmu ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin.
    Semoga tabah jalani hidup yg mendatang ya.U go girl!

    ReplyDelete
  7. Aminn .. thanks paie .. InsyaAllah i will be a strong girl to keep moving .. :)

    ReplyDelete
  8. xpe, kalau sedih dan rindu doa dan bacakan yassin, hari2 pun tak apa =]

    ReplyDelete
  9. yup . insyaAllah .. thanks babe . :)

    ReplyDelete
  10. serius... sedih gile... al-fatihah utk arwah...

    “Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak sollih/solehah yang mendoakan kepadanya”

    ReplyDelete
  11. Takziah diucapkan....al-fatihah untuk Allahyarham...

    ReplyDelete
  12. thanks rudy and nazzue . btw sy dah follow korang . :)

    ReplyDelete
  13. Al-fatehah...semoga ronhnya sentiasa berada dlm klngn org2 yg beriman.....InsyaAllah...Amin

    ReplyDelete
  14. al-fatihah utk arwah...sedih baca...

    ReplyDelete
  15. x bole lupa memory nih..akak akn ingt spe bile2..al-fateha utk arwah!!

    ReplyDelete
  16. walaupun dah 5 tahun berlalu , last arwah jumpa family ibu masa kaklong kawen 5 tahun lepas . tu memory yg org dan family takleh lupa sampai sekarang . setiap kali ziarah pusara arwah , teringat masa2 arwah dikebumikan , saat die terbaring lesu kat katil hospital ,terbayang mesin hayat yang dipasang pada arwah, saat terakhir mengucup dahi arwah . Sedihnya saat tu . Al-Fatihah .

    ReplyDelete