Anak ibu dah besar :)

Asslammualaikum semua ..


Apa khabar korang? Kali ini aku nak update usia kandungan aku dah pun masuk minggu ke 20 . Alhamdulillah ... Baby dah membesar dengan baik . dan tiada masalah apa apa . InsyaAllah hingga ke hari kelahirannya kelak. Sekarang ni yang tak sabar sangat nak pergi scan tengok jantina baby.


Orang kata biar suprise . tapi hati kecil ni yang tak sabar sabar dah nak tengok baby. Baju baby pun dah beli sikit sikit . Tak sabar nak beli banyak banyak lagi. Ramai yang tegur kata baby ni baby perempuan. Hati kecil pun kata perempuan. Tapi apa pun jantinanya asalkan anak ibu sihat sentiasa dan selamat. Itu saja yang di minta.


Baby ni sejak usianya minggu ke 16 lagi dia dah start bergerak dan alhamdulillah aktif sampai sekarang. Harap harap bila dah lahir nanti akan kekal sihat dan sentiasa aktif sama macam dalam perut ibu. Baby paling suka bila dengar suara bapak dia. Bila bapak dia bagi salam, respon yang dia bagi kick satu kali. Tu tanda dah kenal bapak dia .. Bila baby start kick it feel like .... lahaiii .. rasa nak menangis...

Tiada siapa sangka akan ada nyawa dalam perut. Kuasa Allah SWT.. Syukur sangat. Ni menaip pun dia duk kick . Cam tau2 je cerita pasal dia. Nama baby ? Dah ada . TAPI .. biarlah rahsia.



Okay Bye.
To Be Continued ........

Comments

Popular posts from this blog

A L I Y A M A I S A R A H

Aku sudah Kahwin !

;)