Pengikut Saya

Tuesday, September 3, 2013

kisah aku

Assalammualaikum .

Dah lama rasanya tak update. Hmm . Baru baru ni family ku sibuk duk kahwin cepat. Mungkin dah tiba masa nya untuk aku dan tunang membina masjid. Tapi apakan daya , pokok mana yg tak bergoyang kalau takde angin kan . Setiap orang mesti ade dugaan tersendiri kan. Tapi masalah mana yang takde jalan penyelesaiannya.
Aku cuma perlukan doa dan sokongan dari semorang untuk aku dan tunang . Bukan aku saja yang kena tanggung . Tunangku berat memikulnya . Ya allah berikan kami petunjuk-Mu.

Siapa yang takmau membina masjid kan . Semorang nak . Aku hanya mampu berserah dan sentiasa berdoa supaya dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan segalanya . Kita nak buat benda baik banyak cabaran dan dugaannya . Bila nak buat jahat sekejap je dah jadi . Semua bergantung pada kesabaran dan ketabahan seseorang . Setiap apa yang terjadi semuanya ade hikmah . Kita hanya mampu merancang, ALLAH SWT yang menentukan. Tapi tak salah kalau kita berusaha untuk merubah takdir kita . Memang kita tak nampak masa depan . Tapi kita boleh usaha untuk mendapatkan masa depan yang baik dan diredhai .

Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui . Semua benda Dia telah tentukan untuk kita . Kita hanya perlu sabar, tabah dan terus berusaha untuk meneruskan kehidupan yanbenuh berliku. Akubtak pernah mengeluh dan merungut dengan takdir dan dugaan yang diberikan. Malah aku bersyukur .

Jika tidak , sehingga sekarang aku takkan pernah jadi matang dan berfikir bagaimana dan apa yang aku harus lakukan untuk meneruskan kehidupan. Setiap dugaan memberikan kita pengalaman. Setiap pengalaman mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Kenal mana baik dan buruk. Kenal mana orang yang boleh dipercayai atau tidak .

Okay lah korang . Nanti aku cerita lagi kisah seterusnya . Apa yang dugaan aku dan tunang sedang lalui biarlah menjadi rahsia kami. Satu hari nanti aku akan ceritakam kisah ku yang sebenar ibarat novel dalam kehidupan yang realiti ini.

Wassalam.
Einn

No comments:

Post a Comment