Pengikut Saya

Sunday, August 28, 2011

mengisi masa lapang . haha

Bismillahirahmanirrahim~

harini 28.08.2011 .. hari kedua terakhir sebelum ramadhan melabuhkan tirainya . amacam? puasa penuh tak? tak sangka kan. sekejap je dah nak abis puasa . esok lusa dah raya. InsyaAllah~ .. korang dah abis shopping? aku dah settle semua . kasut, baju kurung, pashmina baru, and jeans baru. settle sudah! haritu pegi danau kota dengan tunang aku dan sepupu dan spupu aku nye bf .. ya Allah! ramai gilerrrr orang. ingatkan jalan raya je sesak dgn kereta. rupanya orang pun sesak kat danau kota tu. kul 4pagi still ramai lagi orang. gile kan?!~ haha.. bf sepupu yang drive kete. kali ni aku dgn tunang aku jadi bosss duk kat belakang.. haha . nak parking kete pun bukan main susah lagi. nak tahu park kete kat ne? nak dekat station putra lrt Taman Melati tuh~ . jauh kan? haha .. menapak laa apa lagi.. haha. last2 aku tak beli apa pun . makan je . haha . spupu aku yang shopping sakan .. harini encik tunang kena dera . mengecat rumah pulak . wane orange raya tahun ni . tahun lepas warna purple . hihi .. thanks to encik tunang.. harap maklum la adik lelaki pon tak besar lagi . nak mengecat ni tak reti. setakat nak mengacau boleh laa . lagi2 bakal menantu sulung .. so kena la menjalankan tanggungjawab sebagai anak menantu yang baik . haha . statement tak bole blaaa~~

p/s : SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN . maafkan salah silap dan jika terkasar bahasa ..

Tuesday, August 16, 2011

hari ini hari K.I.T.A~~ :)

Bismillahirahmanirrahim~~


Esok 17.08.2011. Alhamdulillah hubungan yang selama ini di pertahankan masih lagi kekal sehingga harini. 5 tahun sudah berlalu. bukan senang nak pertahankan hubungan ni sampai sekarang. daripada bercinta sehingga kami bertunang. Hanya Allah S.W.T je yang tahu apa yang kami lalui . kerana itu semua ujian datang Dari-Nya. Kami terima dengan redha dan pasrah . Sejak 2007 sehingga kami bertunang pada tahun 2010. masih lagi dugaan datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah setelah bertunang, dugaan tu hanya datang sekadar untuk menguji kesabaran.Semasa bercinta semuanye indah . tapi dalam indah tu ada peritnya. tapi kami lalui dengan sabar dan tabah. Hari demi hari kami menyulam kasih dengan kesabaran dan ketabahan yang makin menebal. Tipu la kalau bercinta tak ada gaduh kan? boleh dikatakan setiap minggu gaduh. kalau baik pun sekejap je. harini baik,esok gaduh balik. tapi kalau ingat pasal dulu dulu . tersenyum sorang. hihi.. lepas je bertunang alhamdulillah . tak ada laa gaduh sangat. kalau harini gaduh, esok mesti kena jumpa. hihihi. taknak gaduh tuh berlarutan. kalau tidak sampai hujung bulan la tak baik baik. kalau tak gaduh tak best pulak kan? hihi.. apa apa pun bersyukur sangat hubungan ni sampai sekarang. daripada bercinta jarak jauh sehingga sekarang. makin hari makin dekat di hati walaupun encik tunang tu jauh di Sepang. hihi..

p/s: Hai Sayang, encik tunang..
Esok 17.8.2011 genap kita 5 tahun bersama. dah banyak benda yangg kita lalui bersama tak kira la yang susah mahupun senang.. selama 5 tahun kita bersusah payah mempertahankan hubungan dan kasih sayang antara kita. Sejak 2007 hingga sekarang, kasih sayang dan cinta antara kita masih lagi utuh walaupun pelbagai rintangan yang datang. Sebelum bertunang, macam macam yang datang menggoda awak. tapi dek kerana cinta awak yang dalam untuk saya , awak berjaya menepis segala yang datang. Alhamdulillah kita masih bersama. dan saya sangggaaattt sayang pada awak. mungkin awak bukanlah cinta pertama saya , tapi saya nak awak jadi yang terakhir dalam hidup saya~ .
ILOVEYOU Sayang.. :)

Sunday, August 14, 2011

love Hijab~~


Bismillahirahmanirrahim~~

harini first time saya mencuba lilit shawl ala ala Hana Tajima . kalau ada yang kurang korang boleh beritahu dan nasihat . tak kisah pun apa korang nak cakap . i will respect your comment . but REMEMBER don't be rude. I will treat you well if you do not exceed the limits. I will upload some pictures for viewing to you all . :)

amacam oke tak ?

ngeee~~

tak bole bla! HAHA . :)

p/s : leave your comment . i will reply ASAP! :)

Saturday, August 13, 2011

die kawan~ die lawan~ :)

Bismillahirahmanirrahim~~





Dua hari lepas saya pick up encik tunang kat sepang . selepas dia abis keje kami balik rumah kat shah alam. ibu dah tunggu nak berbuka sama sama kat rumah . kali ni saya suruh encik tunang yang drive sampai rumah . kaki saya dah penat tekan minyak brek and clutch tuh . kami buat apa yang selalu kami buat . hobi kami bila salah sorang yang drive . sorang lagi tu mesti kena berborak dengan driver supaya driver tak mengantuk . kalau korang tak caya korang boleh cuba . tapi kalau korang dah penat and nak tidur korang cakap dengan driver tu ye . jangan tinggalkan die sorang nanti bahaya . Ehh ! berbalik pada cerita saya tadi. saya pun gatal mulut nak tanya yang bukan2. kadang kala tu terserlah tabiat kesengalan saya tuh. hihi .. saya tanya camni pada encik tunang;

sy : b tak boring ke asyik keluar dgn syg je?pegi la lepak dgn kwn2 skali skala tu
en.tunang : tak. b lagi suke dgn syg. klu lepak dgn kwn2 mcm xbest je. lgpun kita boleh kongsi apa pun yg kte nak.

tu la alkisahnya . saya bukan apa. kadang kala tu kesian dengan dia. macam saya ni kongkong hidup dia pulak. tapi saya tak buat macam tu. saya berikan dia peluang untuk buat yang terbaik dalam hidup dia . saya hanya sekadar tulang belakang baginya. tapi tu la kami . susah senang kami kongsi sama sama . selama 5 tahun kapel sampai la dah bertunang setahun . macam macam yang kami lalui . bermula dari tahun 2007 , selepas 2010 kami bertunang hingga kini . pelbagai rintangan yang kami lalui . Alhamdulillah saya dikurniakan insan seperti dia . dia la kawan saya . dan dia juga lawan saya . kami dah macam adik beradik . lagi lagi dengan dia yang hidup sebatang kara . anak yatim sama seperti saya . saya menjaga dia dengan baik begitu juga dia menjaga saya. orang cakap dia macam macam tapi hati saya tak pernah kurang sikit pun kasih sayang saya pada dia. dia la SAHABAT paling rapat , TEMAN bergurau , TUNANG yang sporting , dan dia sentiasa ada bila saya susah mahupun senang . ^_^

p/s : ILOVEYOU sayangg .. :)

Monday, August 8, 2011

hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)


esok 9 haribulan lapan 2011 . harijadi arwah ayah aku. Jika beliau masih hidup. beliau berumur 46 tahun. Nama penuh beliau adalah Fauzi Bin Ismail. Beliau dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan. Dibesarkan juga disana. Semasa beliau berumur 20 an, beliau telah merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Maklum lah family susah. hanya beliau dan abang beliau,Mahadi yang menetap di Kuala Lumpur. macam macam pekerjaan beliau kerja. akhirnya, pekerjaan yang terakhir beliau berkhidmat adalah Clerk Of Work .. ataupun dalam bahasa melayu nya Penyelia Tapak . merangkap Pelukis Pelan.. Semasa Beliau berumur 25 tahun .. beliau mengahwini ibuku,Noorhafida bt Talib. ibuku adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. saat itu usia ibuku 20 tahun.. kini 41 tahun.. aku dilahirkan pada 27 April 1991, kini berusia 20 tahun. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. dua lelaki dan dua perempuan. Saat bliau meninggalkan kami sekeluarga . adik lelaki ku yang bongsu berusia 2 tahun . aku berusia 16 tahun . adikku yang kedua berusia 14tahun dan yang ketiga 8 tahun.. Saat itu adalah saat genting .. beliau meninggal dunia kerana kemalangan teruk motorsikal. kalau cerita pon korang mesti seraammm .. tapi aku nak cerita jugakk .. sebelum kemalangan beliau balik rumah . tidur sekejap .. lepas tu dapat panggilan dari majikan nya harus ke tapak pembinaan . saat nak melangkah keluar dengan baju tidak berbutang .. adikku yang kedua menegur "ayah tak butang baju?" beliau berkata "yela . lupaa.. meh anak ayah tolong butangkan .. nanti nak jumpa lama lagi" saat itu beliau menghadapku .. meminta ku untuk membutangkan bajunya sambil memicit pipiku . saat itu akan ku ingat sampai bila bila kerana dia adalah KESAYANGANKU.. selepasa asar beliau mengalami kemalangan di simpang jalan menuju ke tapak pembinaan . kemalangan itu terjadi antara kereta , lori dan motorsikal yang di tunggang beliau .. beliau memotong lori dan kereta tiba tiba keluar dari simpang tanpa memandang kiri dan kanan lalu merempuh motorsikal beliau .. beliau tercampak di atas jalan dan digilis lori dari arah bertentangan .. dari pinggang hingga ke bawah hancur . kaki patah seperti kepak ayam .. tulang rusuk rapat naik ke atas . usus perut pecah . salur pernafasan terpaksa di tebuk . 3 paine darah tak boleh diterima .. akhirnya jam 12.10 tgh malam , 6hb Disember 2007 .. beliau menghembuskan nafasnya di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang ... saat itu luluh hati .. bagai nak jatuh jantung . lemah lutut bagai nak tercabut .. terkilan sanggat sebab masa tu tak ada disisi beliau . hanya ibu dan adik beradik ibu je . aku dengan adik beradik aku lambat 10 minit .. 12.20am aku sampai kat hospital . tapi takpe laa . dah takde jodoh orang kata kan .. sampai sekarang aku masih terbayang beliau terbujur baring di katil hospital . saat cium dahi beliau di bilik mayat .. saat beliau di kebumikan .. hujan turun selebat lebatnya . azan asar berkumandang saat itu .. sungguh dicucuri rahmat Allah semasa beliau dikebumikan .. Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang orang yang beriman.. Aminn .. Al-Fatihah ..

" Selamat Hari Jadi Ayah"

Sunday, August 7, 2011

menjelang raya~~

Salam korang . harini dah masuk hari yang ke-7 puasa . korang dah shopping raya? mesti dah kan? hihi. ak pun dah buat persiapan untuk raya. kalau ingat pasal raya teringat segala peristiwa yang lama. kalau bleh undurkan masa. ak nak sanggatt! boleh beraya dengan arwah ayah puas-puas.. tapi apakan daya tuhan lebih sayangkan dia dari kita. hilang dia sorang,datang yang baru.. encik tunangku ..haha. tahun ni raya harap harap lebih meriah dari dulu. semalam pegi Sogo. ramai gilerr orang ber'shopping' sakan.. SALE lak tuh! tu yang menimbun orang. dari Sogo, Maybank masjid jamek patah balik Sogo pastu nak balik tu naik tren lalu balik kat masjid jamek .. alih alih dah samapi tren adik yang kecik tuh ajak ibu pegi KLCC pulak.. terpaksa la ikut.. kang melalak pulak. lepas berbuka kat rumah makcik kat kampung baru tu. lepas isyak balik shah alam. perghhhh! lunyai siot.. nak tidur je kaki lenguh2 tahap gaban.. huhu.. memang penat laaa.. tapi nanti nak pegi lagi.. nak beli apa yang patut dibeli.orang ramai tapi memang syokk . rasa laa sikit nak raya tu kan.. KL tu jem terok. bila dah malam lengang lak jalan. nanti raya lagi lengang.. semua perantau balik kampung halaman. pakcik ak dari Brussels tu pun balik raya kat Malaysia.. 19hb ni sampai laa dia kat sini. 10 hari sebelum raya. boleh shopping raya dengan dia .. hihi.. okey la korang . lepas sahur ni ngantuk pulak. kaki pun masih lenguh lagi. ak nak sambung mimpi laa .. bubye uolz!! :)

Monday, August 1, 2011

cerita saya . ^_^

harini first puasa . Alhamdulillah berjalan dgn baik. bulan yang baik ni harus la ditingkatkan iman dan ibadah.InsyaAllah kita akan diberkati-Nya. tapi kan .. asyik ingat nak makan je . macam tak caye je dah puasa kan. semalam pegi jalan-jalan dengan encik tunang. Niat aku dah tertunai . tunggu je raya nanti.. hihi... ramai gile orang kat Masjid Jamek.. orang sume dah shopping sakan .. puasa pun baru je mula kan.. tapi shopping untuk raya sume dah beli. haha.. Ingat ye .. bulan puasa ni kita patut berjimat cermat bukan membazir mengikut nafsu.. hihi .. salam dari saya _einnaffendy.. :)