hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)
esok 9 haribulan lapan 2011 . harijadi arwah ayah aku. Jika beliau masih hidup. beliau berumur 46 tahun. Nama penuh beliau adalah Fauzi Bin Ismail. Beliau dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan. Dibesarkan juga disana. Semasa beliau berumur 20 an, beliau telah merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Maklum lah family susah. hanya beliau dan abang beliau,Mahadi yang menetap di Kuala Lumpur. macam macam pekerjaan beliau kerja. akhirnya, pekerjaan yang terakhir beliau berkhidmat adalah Clerk Of Work .. ataupun dalam bahasa melayu nya Penyelia Tapak . merangkap Pelukis Pelan.. Semasa Beliau berumur 25 tahun .. beliau mengahwini ibuku,Noorhafida bt Talib. ibuku adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. saat itu usia ibuku 20 tahun.. kini 41 tahun.. aku dilahirkan pada 27 April 1991, kini berusia 20 tahun. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. dua lelaki dan dua perempuan. Saat bliau meninggalkan kami sekeluarga . adik lelaki ku yang bongsu berusia 2 tahun . aku berusia 16 tahun . adikku ya...

Comments
Post a Comment