ceritera perjalanan cinta kami


27 April 2007

kami kenal .. semasa perkenalan ini . aku berumur 16 tahun ..dan die 18tahun . aku masih bersekolah ..dan die keje kott . hehe ..bila dah serasi dia meluahkan perasaan .. hari demi hari . makin sayang . makin rindu .. tetapi aku tak pernah berjumpa dengannya. hanya bersembang di telefon . hehe . post gambar . harap maklum la . masa tu tak ada fon 3G lagi . hehe . guna 'telegram' je laa..

30 Mei 2007

akhirnya kami 'declare' .. huhu .. tapi sayang .. kami tak lama ..

10 Julai 2007

kami putus separuh jalan .. tak tahu mana silap dan salahnya .. lepas kejadian tuh . masing masing senyap . tanpa khabar berita . aku hanya diam . dan tumpukan pada pelajaran . lagipun aku jauh . rupa dia pun aku tak kenal .

17 Ogos 2007

kata orang . kalau ada jodoh tuh . takkan kemana kan .. malam tu .. dia tiba tiba hantar mesej . nak kapel balik . haha ..ayat tak boleh bla .. dia hantar ''saya nak rujuk hubungan kita yang dulu'' . aku fikir dalam hati .. '' bila aku kahwin dengan dia .. bila pulak aku bercerai dengan dia .. ayat rujuk rujuk lagi'' haha .. kelakar betol ..
kami 'declare' lagii ..

27 Disember 2007 .

akhirnya .. 6 bulan kami bersama .. kami bertentangan mata .. hehe .. sweet .. biarpun dia tak 'handsome' tapi manisnya ada .. hehe .. ibu yang temukan kami . haha ..nak tahu tak jumpa kat mana ? hehe .. Kedai Kelah . Bukit Lanjan Damansara .. hehe baru la aku tahu .. die tu sebenarnya badut .. hehe ..

21 Julai 2008 .

banyak peristiwa yang berlaku pada aku pada tarikh ni dan tahun 2008 amat menyedihkan. apakan daya . aku terpaksa pindah sekolah . dari kelantan ke selangor .. duduk balik kat KL . tapi aku tak kisah .. aku redha dengan apa yang berlaku. mujur ada dia .. disamping aku sentiasa .. 3 bulan dia hantar dan ambil aku dari sekolah . kesian dia .. dan dari situ . aku tahu .. dia amat menyayangi aku . syukur Allah S.W.T pertemukan aku dan dia.

11 Disember 2009

peristiwa yang aku takkan pernah lupa . hehe .. ibu suruh bertunang . dia kata tak elok lama lama . bawak anak dara orang ke hulur ke hilir . haha .. dalam hati aku menjerit ..'oh tidakkkkk' muda lagi nak bertunang or kahwin .. tapi aku tak kisah . asalkan dengan dia . hehe .. lagipun untuk kebaikan juga . walaupun aku masih belajar . InsyaAllah .. takkan abaikan pelajaran aku .akhirnya .. keputusan di putuskan ..

12 Jun 2010

Dengan izin Dari-Nya .. kini aku dah jadi tunangan dia ..hehe .. segan .. macam baru mula mula kenal dulu . ramai yang hadir pada majlis tu . tapi sayang ..pakcik kesayangan aku tak ada masa majlis tu . sebab die jauh . ada di Belgium . tak apa lah . aku faham .. yang penting majlis tu berjalan dengan lancar .. kahwin ?? lama lagi .. hehe ..

kini 2010 ..akan melabuhkan tirainye .. dalam tak sedar .. dah 6 bulan aku bertunang .. perasaan aku makin tumbuh . dan makin sayang pada dia .. InsyaAllah .. di panjangkan jodoh .. aku tak menyesal kenal dia . ak lebih kenal siapa dia . aku lebih tahu apa yang dia buat . banyak dugaan kami lalui bersama . orang luar hanya pandang kami happy .. dalam .. hanya Allah yang tahu ..

Fendy.. sayang ..

saya saje tulis ni . bukan untuk .. sakitkan hati awak atau sesiapa pun . saya hanya ingin kongsi apa yang saya rasa .. moga awak suke . awak tahukan saya memang sayangkan awak ..
mengenali awak satu pengalaman baru bagi saya ..saya suka kenal awak .. dah 4 tahun lebih kita bersama .. terima kasih banyak banyak ..

mencintai dan menyayangi awak adalah satu perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ni .
merindui awak adalah satu beban yang berat untuk saya ..
mengasihi awak adalah satu tugas baru untuk saya ..
awak tahu tak .. saya tak pernah menyesal apa yang saya pilih .. dan apa yang saya buat untuk awak ..
malah .. saya berterima kasih pada awak ..
kerana sudi .. mengenali saya ..
kerana sudi .. mencintai saya ..
kerana sudi .. menyayangi saya ..
kerana sudi .. merindui saya ..
kerana sudi .. menjaga saya dengan baik ..
dan .. kerana sudi .. memberi saya kesempatan dan ruang mengenali hati awak dengan lebih dalam lagi..

khas untuk awak ..
b .. love u sayang ..

Comments

Popular posts from this blog

;)

tembam pendek .. hihi ^_^

hari ini KELAHIRANNYA esok KEPERGIANNYA :)