Pengikut Saya

Wednesday, April 9, 2014

Aku sudah Kahwin !

Assalammualaikum ..


Setelah sekian lama berlalu, kini ku ingin aktif kembali di dalam laman sesawang ni .. Banyak cerita dan panjang jugak cerita ku pada tahun ni .. bermula dari akhir tahun 2013 iaitu dalam bulan 9 terus ke bulan 12 .. orang kata memang berliku dan pahit gile lahh nak tempuh .. tapi disebabkan hati ku kuat dan tetap sabar . Akhirnya perjuangan dan penantian ku selama 10 tahun ni berbaloi .


Siapa sangka, impian kami di makbulkan Allah SWT ingin di ijab kabulkan .. kami telahpun di ijabkabulkan pada 27.03.2014 .. setelah dua bulan tunang ku di Medan menguruskan urusannya .. Tunang ku sampai di malaysia pada 12.03.2014 . kami mula menguruskan hal perkahwinan bermula daripada kursus pra perkahwinan pada 15&16 Mac 2014 .. Dan terus HIV test 17.03.2014 dan kedutaan Indonesia pada hari yang sama .. Mengapakah harus ke Kedutaan Indonesia ? Nak tahu kejapp lagi aku cerita .. Kemudian , esoknya berehat satu hari . then sembung pada 19.03.2014 ambil sijil kursus kahwin dan terus ke Imigresen untuk Enforcement passport tunang aku. Enforcement means selaraskan .. 


Then sangkut 3 hari kat Imigresen.. Ya Allah berdebarnya hati hanya Allah Swt je yang tahu .. sepatutnya kami nikah hari jumaat pada 20.03.2014 tetapi apakan daya dah sangkut kat imigresen, kami anggap itu hanya lah dugaan kecil buat kami . selama ni banyak yang kami lalui kenapa ini tak boleh terima betul tak ? 

So hari isnin ambil passport then dapatkan cop untuk Surat Kebenaran berkahwin .. Alhamdulillah .... lega kami sehari tu terus ke pejabat agama submit dokumen untuk bernikah .. then terus pegawai tu tanya "Nak nikah bila ?" Kami bincang berdua . so decide hari khamis 27.03.2014 pukul 10.30 pagi di Pejabat Agama Klang , pedulikan lah orang nak cakap apa pun nikah kat pejabat kena tangkap khalwat ke apa ke .. yg penting Allah SWT tahu apa niat kami .. Nikah dimana saja tak penting janji majlis selamat... 

Dengan izinNya kami selamat di ijabkabul ... kini sudah seminggu lebih aku bergelar isteri kepada Pendi Surep .. kami telah bersama selama10 tahun . dalam tempoh 10thn tu, masuk tahun 2014 ni aku dah bertunang dengan dia selama 4 tahun ... penantian itu satu penyeksaan .. ia memang benar . tapi ia cukup berikan aku pengajaran,pembelajaran dan pengalaman ...


Kenapa kena pegi Kedutaan Indonesia? Sebab suami aku orang seberang lah .. dia harus mintak surat keterangan dari kedutaan Indonesia kerana mahu berkahwin dengan org Msia .. Suami aku tu sebenarnya dah lama duduk msia , tapi dulu dia ada msalah sikit.. sekarang baru diberi peluang untuk membela nasib hidup dia .. 


kalau korang nak kawen dengan warga asing , prosedurnya berbeza dgn berkahwin dgn warganegara ..

Tak kira dengan siapa jodoh kita , Allah SWT lebih mengetahui . dan aku menerimanya dengan hati terbuka ... Semoga hubungan kami suami isteri berkekalan hingga akhir hayat . Dunia dan Akhirat . Amin .. 

p/s : Sila jemput hadir ke Walimatul Urus Majlis Perkahwinan Ain dan Pendi iaitu saya dan suami pada tarikh 17.05.2014 bertempat di Dewan Serbaguna Jalan Haji hashim / Jalan Hamzah Kg Baru, KL .


Kedatangan anda semua amatlah kami alu-alukan .


bye korang . nanti aku update lagi okay .

Wasalam .