Pengikut Saya

Wednesday, January 25, 2012

Mengenang kenangan lalu :(

Assalammualaikum ,

Ahad lepas aku pegi menziarah pusara arwah ayah , dah lama tak pegi . Ibu pun pegi sekali , adikadik , sepupu aku dan tunang aku pun pegi jugakk . Matahari terpacak betulbetul atas pusara arwah ayah , kami rasakan bahang kepanasan matahari kat atas , bagaimana pula ayah yang ada di bawah tanah tuh , aduhaii .. saat ibu membaca doa , al-fatihah dan surah 3 Kul .. Saat itu aku terbayang , saatsaat arwah ayah dikebumikan dulu.. aduuhh sadisss dan sedihnyaaa saat itu ,,

5 tahun sudah berlalu , tapi segala peristiwa yang berlaku masih segar di ingatan .. saat beliau di kafankan , saat beliau di sembahyangkan , saat beliau di kucup ahli keluarga , saat beliau di kebumikan , saat beliau diturunkan ke liang lahad , saat beliau terkujur baring di atas katil hospital , saat beliau di pasangkan mesin hayat di kiri dan kanan beliau .

Walaupun dah bertahun berlalu , kalau aku teringat balik .. mesti menitis air mata nih .. saat saat akhir die bercakap dengan aku . Tapi sayangnya , saat die sedang tenat aku dan adik beradik takde kat sisi dia .. Huh! Serius aku nak menangis dah nih . First and last aku cium beliau saat beliau di bilik mayat . Kenangan yang tak boleh aku lupa , semasa aku dan adik aku , Ani .. Naik van jenazah bersama jenazah beliau . Perasaan aku masa tu macamacam yang ada .. tak leh nak cakap apa dah . yang aku tahu nangis dan terus nangis ..

Aku macam tak boleh nak terima kenyataan , sejak beliau takde .. semangat aku nak belajar serta merta hilang , ibarat hilang separuh nyawa .. inspirasi dah tak ada .. apa kan daya .. orang kata hidup harus di teruskan ,, patah tumbuh hilang bergantii. Alhamdulillah .. kehadiran tunang aku telah mengubah segalanya , dia semangat yang baruu untuk aku ..

Mesti ada hikmah disebalik semua nih , ni la dugaan yang paling berat yang pernah aku alami . kehilangan orang kita sayang amat perit lagilagi bila berkaitan dengan hidup dan mati , memang tak tergambar perasaan bila kehilangan dengan keadaan macam ni .. hanya Allah S.W.T je yang tahu macam mana perasaan aku ..

p/s ; Hargai la orang tua korang dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga korang , dan sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita .. biar hati kita sakit , asalkan jangan ada dendam dalam Hati kita . :D .


Ni arwah ayah aku , gambar last beliau sebelum meninggal dunia . Ni masa kaklong (sepupu aku) kawen .. Pada Disember 2007

Tuesday, January 24, 2012

LayangLayang pencipta kenangan :D

Assalammualaikum ,

Nak update pasal CNY haritu ku pegi mana ye . Hari Ahad tu pegi ziarah pusara arwah ayah , then pegi rumah nenek ku . Lastly , ibu ajak nenek ku dengan makcik ku tu pegi tengok laut . Discuss and decide , at last pegi Pantai Morib kat Banting :D . Kebetulan pulak , tunang ku abis keje part time die awal , lagipun hari sabtu die dah keje full . Hehe .. apa lagi spending "full time" dengan ku and family ..

OFF DAY memancing dua hari . Hehe .. Ramai gilerr orang kat Morib . seronok nenek ku dapat berjalan , hehe . biasalah dah lama tak keluar rumah . hehe . Sekali pandang je nampak layang layang . Hehe . ku tarik tangan tunang ku sambil cakap " b , nak layanglayang boleh? " .. tunang ku balas " nak yang kecik ke besar ?" ku cakap "besar" . Hehe . Dia pun beli yang besar .. Warna warni lagi taww . terasa diri macam budakbudak kejapp .

At last , main layanglayang . Layanglayang tu takleh nak naik tinggi sebab senget , then beli yang kecik gambar AngryBirds , hehe . At lastt , naik tinggi gilerrr , tunang ku yang naikkan , tinggi daripada layanglayang yang ada kat situ . memang tinggi , seronok , syok sume perasaan ada bila tengok layanglayang tu dah naik tinggi .. Hehe . Our sweet moment ! Love it , and love more towards my fiancee :D

buruk muka kami , Hehe .. :D


Ni Adik ku yg kedua , perasan comel :D


ni yang bongsu , berdahi denjul :D

my cousin :D

hujung sbelah kanan tu encik tunang ku tgh main layanglayang :D


Tu layanglayang encik tunang , naik tinggi ke atas . AngryBirds :D

Ni encik tunang ku . Dia dah gemuk sikit . :D

p/s ; Tata korang . thanks cause singgah :D

Wednesday, January 18, 2012

its all about LOVE !


Assalammualaikum ,

tetiba pulak mood ku hilang . adoii . langsung spoiled semua mood ku . haiz ! lagi lagi kalau ada kawan yang cerita semua pasal kisah cinta dia tuh . bukan kuu taknak tolong dia ataupun nasihat kan die , ku dah tolong dan nasihat kan dah pun , tapi langsung tak amek peduli , takkan ku nak masuk campur hal dia , tu dah lebih laaa . dorang yang bercinta ku pulak jadi mangsa nak tolong selesaikan . dorang yang buat masalah , ku pulak nak cari jalan penyelesaian . pandai bercinta pandai la tanggung . selama ni ku bercinta 6 tahun , sampai dah tunang pun . tak pernah nak susah kan orang . susah senang semua ku tanggung sendiri la . takde sape pun yang tolong . nak tahu kawan kawan ku sume mana pegi ? semua goyang kaki , tepuk tangan la kalau ku ada masalah . sekor pun takde la .

kalau time senang , semua kawan datang kat kita , tapi bila susah sorang pun takde laa . tak faham la ku kalau dapat kawan macam ni , apa apa pun . kawan sejati dah takde istilah dah sekarang . tak bermakna la kawan sejati tuh , tahu tak kawan sejati susah senang tu sape ? Family kita sendiri la , tunang ku yang kawan sejati sejak 6 tahun dulu . bila ku jatuh , sorang pun takde melainkan family dan tunang ku . ehh . kalau dorang nak bercinta pun , tak payah nak libat kan orang lain , kadang kadang ku tak faham la dengan perangai orang macam ni . kalau dah serabut sangat nak bercinta tak payah bercinta . menyusahkan !

ku ada sorang kawan camni , dan sepupu sendiri macam ni . apa apa pun ku diam , dengar . masuk telinga kanan keluar telinga kiri . kadang kadang tu RIMAS laa ?! budakbudak sekolah zaman sekarang lagi expert la bercinta daripada remaja . haha . apa pun tak boleh . beringat la sikit , bukan semua cerita kita boleh kongsi dengan orang , takkan pasal kauu mesej dengan dia pun kauu nak tunjuk dengan ku , adoii . tak malu ke ? selesaikan la sendiri elok elok , slow talk ke , apa ke . ni tak , bila masing masing ego . macam mana nak settle problem kan .

moral of the story ; kalau korang gaduh dengan bf/gf/tunang/suami/isteri tak payah nak sibuk bagitahu kat orang , tu ibarat korang bukak aib sendiri je . tak payah nak heboh sana heboh sini , kalau tak reti nak bercinta tak payah nak sibuk sibuk bercinta jugak , kalau dah tuh korang punya jodoh , gaduh macam mana sekalipun takkan pegi mana pun . tetap dengan korang sampai akhir hayat . InsyaAllah . kalau dah tak serasi dah tak boleh nak move on , lepas kan je la . tapi kalau korang dah kawen jangan la nak cerai berai pulak , settle down la elok elok slowtalk . tak payah nak talak talak bagai , setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . InsyaAllah . Allah S.WT. Maha Adil . Jodoh pertemuan Ajal maut semua dah tertulis untuk kita :)

missing #SiBadott

Assalammualaikumm

harini rasa macam sayu pulak tetiba , takde mood pulak nak layan #BlueF and #Bluebird . so layan blogg , update entry baru pulak la . harini okay je , cuma boringg gilerr duduk rumah nih .. lagilagi sekarang ni ku takde buat apa kat rumah . hurm .. kalau duduk rumah camni , macam macam perasaan timbul , sakit hati , happy , geram , sedih dan macam macam lagi la . semua nya bercampur aduk . 10 dalam 1 . haha . memang terbaik la kalau 10 in 1 nih kan , tak tergambar perasaan nya .

memang tak terlayan la kalau ada perasaan macam ni kan , aduyaii ! takkan laa benda yang sama berulang lagi , huhu .. tak tahu dah nak buat macam mana kalau ada perasaan macam ni . Arghh ! sudah lah . marah pun ada , geram pun ada , tapi RINDU lagi membara di buatnya . aduii . tak tahan dah nak menanggung rindu yang membara nih , tapi apakan daya .. NO CALLING , NO TEXTING from my sayangg . dah 3 hari macam nih , sejak akhir akhir nih dia sibuk memanjang je la .. bila nak tunggu weekend tuh Allah je la yang tahu betapa seksa nya .

berat dada woo menahan rindu nih , kalau call dia nih . confirm NANGIS ! adoii , ku text die tak reply reply . tu yang buat lagi tak keruan . hurm , apa nak buat erk , dah di luah tak berbalas , so ku luah je la kat sini . blogg ni peneman sejati harian ku . semua boleh di luah kan kat sini , tapi yang UMUM je la . hurm , serious ku rindu gilerr dengan #SiBadott tuh . lambatnya nak weekend , dia cuti CNY 4 hari , sampai selasa . spend time habis habisan dengan dia . sabar je laa , dugaannn ~ huhu . 6 tahun dulu lagi terokk daripada nih , hehe . sekarang okay lagi laa . tapi seminggu sekali jumpa pun tetap rindu gilerr .


p/s ; IMISSYOU , b . rindu gilerr ! :(

Monday, January 16, 2012

Ini bukan penamat tapi ini permulaan nya .


Assalammualaikum .

korang watpe tuh ? entry kali ni ku nak ceritakan kisah si pemancing pemancing yang masuk pertandingan memancing kat Tanjung Harapan pada 15 Jan 2012 . Hurm , ramai gila la yang menyertai pertandingan tuh . ada lahh dalam seribu lebih .. penuh kott tanjung harapan tuh , dari Restoran Muara ikan bakar sampai rumah api . perghh ! lagi satu nak pegi tandas pun beratur woo .. ku duduk kat situ seharian . pertandingan dimulakan pada jam 8 pagi dan berakhir tepat pada jam 1 tengah hari .

Tunang ku dapat ikan Tuka 3 ekor , gelama pisang sekor . tapi takde masuk dalam ranking , mungkin takde rezeki lagi . first time masuk takde la kecewa sanggatt sebab ada jugak yang makan umpan tunang ku tuhh , ada sorang membe die langsung tak naik ikan . tu memang kecewa gilaa . huhu

tepat jam 8 pagi , tunang ku dah mula membaling umpan pertama nya . Alhamdulillah , baru je 10 minit baling umpan . tuka pertama berjaya di naikkan . tapi apa kan daya bila dah tamat semua ikan yang tunang ku dapat tu takde dalam ranking . tapi takpe la , next time boleh cuba lagi . tunang ku dah cakap kalau ada lagi pertandingan , dia suruh ku masuk jugak pertandingan tuh , gilaa laaa nak suruh ku mancing sekali . Hehe , mana tahu ada rezeki kann .

kami semua tertunggu tunggu siapakah pemenang yang membawa pulang wang sebanyak 22k tuh , rupa rupanya makcik Ramlah yang dapat hadiah pertama tuh , tak sangka kan makcik dah otai tuh boleh dapat ikan seberat 1.125 kg Ikan Semilang . tu yang membuat semangat kepada ladies ladies di luar sana untuk menceburi hobi yang baru nih , siapa kata memancing tuh hobi lelaki je , tu pun boleh jadi hobi perempuan jugak . same jugak la dengan ku yang dah terjebak dengan hobi nih , sejak tunang ku ajar ku memancing . hehe .. sekarang rindu nak memancing pulak . dah lama tunang ku tak bawak ku pegi memancing . huhu ..

okay la korang ku nak undurkan diri dulu , nanti ku update lagi okay .. semoga korang semua berjaya dalam apa jua yang korang ceburi . InsyaAllah . Amin ..
Wassalam . :)

Friday, January 13, 2012

ku suka merapu :)


Assalammualaikum .

sejak akhir akhir nih rajin pulak ku meng- update blog ni kan , hehe . saja nak update , korang buat apa je harini ? mesti tengah kerja , takpun tengah study . yang ku nih duk melangok kat rumah je . menghadap laptop , duk online 24 jam , facebook , blog , facebook , blog . tengok tv pon takde feel , cerita yang kat astro ni asyik duk ulang benda yang sama je , nasib baik ada pakej mustika . boleh la layan Maharaja Lawak Mega . Osbon terbaik ! haha . dah cerita lawak pulak hah .. hehe .. Harini ku duk rumah , hadap blog . duk "renovate" blog ni , takde apa pun yang berubah . dah pening ku layan blog ni , haritu baca diary gelak sorang sorang . hehe . apa yang ku ketawa kan pon tak tahu la . kadang kadang tu ku suka gembira kan hati sendiri . biarpun ada masalah seberat mana sekalipun , ku tetap tersenyum . melainkan ia dah terlalu berat sehingga membuatkan ku terduduk . memang meraung , melalak , menangis jugak time tuh . heee

lately nih , macam macam jadi kat ku . tapi ku tetap sabar . sabar dan terus sabar . kerana orang yang sabar di sayangi Allah S.W.T dan sentiasa mendapat perlindungan dan keadilan dari-Nya . tapi ku tak penah nak sibuk tanya hal orang ataupun nak buat orang macam macam . selalunya orang yang buat ku camni . even Family sendiri. tapi ku tetap sabar . dan sabar . untung ku ada tunang yang memahami dan sentiasa disisi ku . setiap orang mesti ada kisahh tersendiri kan , kalau takde dugaan mesti hidup ni takk seronok kan , lagi lagi kalau kita tak kenal erti sabar , apa itu pengorbanan dan apa itu sakit .

dah la , ku taknak merepek kerepek lagi . tengok title blog je korang mesti taknak baca kan , hehe . dah tahu ku kaki merapu meraban , lagi korang nak baca . apa apa pun ku hargai segala comment korang , like dari korang . follower ku yang baik hati . dan ku sangat sangat hargai semua tu . kalau boleh keep in touch la ye . kat youtube pun ku ada upload video untuk tutorial shawl bagi ladies ladies di luar sana yang berhijab dan nak berhijab , ku doakan yang terbaik untuk korang . InsyaAllah . nak tahu apa video tutorial tu , korang boleh tengok dan komen apa yang korang rasa tak patut ada dan patut improve .

ni nama nama tuto tu taw . My style #1 ; How to wear ? Inspired by me ! korang cari la kalau nak tengok ye , thank you korang ..

p/s ; nanti ku update lagi ye .

Wednesday, January 11, 2012

merapumeraban itu aku !


Assalammualaikum ,

dah lama ku tak update blog nih kan kan kan ! , hehe . suka sangat main dengan ayat ayat camni . heee , dah bersawang blog ni kan . puhhh puhhh ! tengok tuh berhabuk , hehe .. ni nak cerita nih . semalam ku teringat kat Diary yang dah bersawang jugak selama setahun yang lalu . hehe . dah lama tak tulis jugakk tuh .. tapi dah ada 7 lapisan taw . dah boleh buat novel kott Diary ku nih . Ni ada lagi satu cerita , kawan ku suruh ku tolong dia buatkan skrip , haish ! gila ke . haha . kelakar betul laa .. tak terfikir pun nak tulis skrip nih . hehe . kata dia "jadi tak jadi kita tak tahu" haha , actually kawan ku ni pelakon , mula nya extra je , tapi sekarang dia dah mula dapat nama yang utama dalam drama mahupun cerita pendek yang dia berlakon . korang penah tengok cerita Farid Kamil berlakon dalam drama 7 lagu , dalam tu kawan ku ada berlakon jugak . Ku ada jugak terfikir nank menulis Novel , dulu sebelum ada laptop dan kemudahan yang canggih ku ada satu PC Komputer yang besar tu kat rumah , ku ada jugak menulis novel , mungkin dah nak siap novel tu . tapi apa kan daya , zaman tu ku hanya ada disket , pendrive mana ada lagi . so ku simpan kan dalam tu . malangnya , disket tu dah tak boleh di gunakan lagi . dan tak tahu macam mana nak ambil novel yang ku tulis hampir siap tu . hehehe .

sekarang ku hanya tumpukan pada Diary , mungkin diary ni boleh ku jadi kan novel . Diary kisah suka duka , pahit manis ku dengan insan yang ku sayang . Dugaan dan cabaran yang ku hadapi bersama dia . macam macam dah jadi dan berlaku pada kami , tapi kami tetap bersama sampai sekarang . Dah 6 tahun taw ! sampai ku jadi tunangannya . hehe . sudah la cerita pasal ku ni . Sambung balik pada cerita ku nak tulis novel nih . kalau ku tulis dan terbit kan , korang nak beli tak ? hehe .

ehh lupa pulak , tunang ku akan masuk pertandingan memancing hari ahad nanti , ku nak minta doa korang semua semoga tunang ku dapat ikan yang besar dan rezeki ada pada dia . Ku hargai jasa baik korang semua . terima kasih .

p/s ; InsyaAllah , kalau ku terbitkan novel nanti ku bagitau korang erk , okay la nanti ku update lagi ! Assalammualaikum , :)